Jun 19

Khat untuk Kad jemputan Tahlil dan Maulud di rumah parents aku. Sempena dengan aqiqah Zufar dan jugak sepupunya Aliah..
(design sangat tak lawa…khat pun tak berapa…keje nak cepat..)
Hj Zainal Abidin b. Omar & Hjh Huda bte. Abdul Latiff
dengan segala hormatnya mempersilakan
Tuan/Puan _______________________________________
suami isteri ke rumah kami beralamat;
No 27, Jln Murni, Taman Putra Murni,
Off Jalan Salleh, Parit Setongkat, Muar Johor
pada hari Sabtu 28hb Jun 2008
Bersamaan 23 Jamadil Akhir 1429 Hijrah
kerana MAJLIS TAHLIL DAN MAULUD
Harap dipersudikan jua, terima kasih
ATURCARA MAJLIS:
Perempuan - 2.00 Petang
Lelaki- Selepas solat fardhu maghrib
Turut mengundang: Seisi keluarga
Meh la turun Muar kengkawann..
Sep 16

klik gambar untuk resolusi lebih besar
Err…lama janji ..baru siap..wakaka..
Eh..ada satu lagi..nanti la yerk..
2 entry khat kali ini khusus untuk kanak-kanak riang..
Sep 16

klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o1

klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o2
Indah Siti Insyirah..
Untuk melihat tuan empunya nama…meh masuk..
http://sity29.blogspot.com/
err…
Lamo tak wat khat da…sempena ramadhan ni…
May 15

Nama Pasangan : Mohd Ali & NurAzmi
Konsep : Bahtera
Khat ini dibuat untuk Kak Da’s parents. Dah lama sebenarnya khat ni, masa aku kat MMU lagi. Tengah godeh-godeh pc, tetiba terjumpa file lama. So..touch up sket, then masukkan kat sini.
Apr 25

Nama : Danish Aisy (yang bijak,cerdik dan mewah)
Konsep : No 1
Danish Aisy ni adalah putera kepada kawan sekelas aku, Kay. Memandangkan tuan punya nama ni seorang budak lelaki yang cergas, agak sukar aku nak carik konsep yg sesuai. Kalau budak pompuan senang sket..bunga ke..rama2 ke..pendek kata senang la sket pasal banyak benda organik yang melambangkan keindahan sesuai untuk nama perempuan. Akhirnya, inilah konsep pertama yang try. Kasik gabung sket ngan kerawang-kerawang. No 1 dipilih kerana Danish ni anak pertama dan mudahan-mudahan sentiasa berjaya dapat no 1 bila besar nanti insya-allah…
p/s kepada kak sity…coming soonnn…
bawah ni..sajer merepek..

Apr 10

Another Couple’s Khat..
Client : Mukeh
Konsep : Payung Kasih..(haha)
Note : This is not the final output. This graphic aku manipulate sendiri suka-suka…I’m trying using vector art color n feel.
Apr 06

Urdū (اردو), historically spelled Ordu, is an Indo-Aryan language of the Indo-Iranian branch, belonging to Indo-European family of languages. It developed under Persian and Arabic, to some lesser degree also under Turkic influence in South Asia during the Delhi Sultanate and Mughal Empire (1526–1858 AD).
Khat kat atas ni aku wat untuk logo satu organization Urdu language request by Nicky..
She want it to be something related to education/knowledge…so I make it looked like a book on a rehal..
Oh ya..ni bukan final logo… aku wat khat jer..tatau la camna diorang tambah lagi.. bg kuning n tulisan rumi URDU tu…saje tambah for presentation purpose only..
Oct 03

sedar tak sedar dah seminggu berpuasa. Ramadhan tahun ni macam tahun lepas..datang tanpa aku sedar.. Sedar2..eh..minggu depan puasa? Namun tahun ni..try puasa dan berbuka ala-kadar..insya-allah.. Walaupun pasar ramadhan hanya sepelaung jer dari rumah yang hadir dengan pelbagai godaan.
Khat di atas sebenarnya ada member mintak..alang2 tu aku ambik peluang ucap salam ramadhan semua.
Pada 6 Ramadhan yang lalu, salah seorang pakcik aku telah kembali ke rahmattullah. Arwah seorang yang pendiam. Setahun yang lepas ketika aku jumpa beliau, aku rasa cam terkejut bila melihat keuzurannya. Time tu, aku terfikir betapa kita seronok2 dengan kemajuan kita seperti dapat keje, naik pangkat, berkahwin, dapat anak, membesarkan anak dll. tanpa kita sedari ibu bapa, datuk nenek, pakcik makcik kita semakin uzur. Namun itulah lumrah hidup.
Arwah pakcik aku ni ngan isterinya adalah antara orang yang selalu membantu family aku time dulu2. Terlalu banyak. Aku just berharap aku diberi peluang untuk balas jasa diorang one day. Moga-moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Pemergiannya pada bulan ramadhan yang mulia ini mungkin satu petanda. Al-fatihah.
Recent Comments