Jun 19

Khat untuk Kad jemputan Tahlil dan Maulud di rumah parents aku. Sempena dengan aqiqah Zufar dan jugak sepupunya Aliah..
(design sangat tak lawa…khat pun tak berapa…keje nak cepat..)
Hj Zainal Abidin b. Omar & Hjh Huda bte. Abdul Latiff
dengan segala hormatnya mempersilakan
Tuan/Puan _______________________________________
suami isteri ke rumah kami beralamat;
No 27, Jln Murni, Taman Putra Murni,
Off Jalan Salleh, Parit Setongkat, Muar Johor
pada hari Sabtu 28hb Jun 2008
Bersamaan 23 Jamadil Akhir 1429 Hijrah
kerana MAJLIS TAHLIL DAN MAULUD
Harap dipersudikan jua, terima kasih
ATURCARA MAJLIS:
Perempuan - 2.00 Petang
Lelaki- Selepas solat fardhu maghrib
Turut mengundang: Seisi keluarga
Meh la turun Muar kengkawann..
Mar 23
klik gambar untuk gambar penuh
Photo collage Sepang International Circuit . Ini adalah satu teknik untuk dapatkan effect fish eye lense..
Dulu belajar teknik ni masa kat mmu…shoot pakai filem, memang costly..sekarang ni dah ada camera digital..sonang jo..heh
p/s gambar di atas akan scrolling secara automatic hanya jika post ini dilihat dalam IE
Feb 11

Terima kasey kepada tok ketua kg belulang yang menghebahkan kehadiran insan baru dalam blog penduduk kg belulang..hehe..
Terharu saya di atas keprihatinan tok ketua..hehe.. Ini menunjukkan tok ketua amat mengambil berat kebajikan penduduk belulang walaupun baru balik dari London..detest
Sebagai hiburan, terima ler kartun amatur dari saya..

Sempena raya cina, Abah Zufar balik ke melaka jumpa Zufar dengan niat nak gonjengkan Zufar..hehe..
Sambil tu bawak hadiah dari homework studios…hehe..Terima kasey Amier n Along. Tak lupa jugak kat semua yg bagi present antaranya, Makcik Jojet, Kak Juwien, Uda, Alin, Ola n pojie, Apis n Apok, Secretlab dan semua sahabat2@client yg bagi rejeki kat kami sekeluarga… Juga kepada semua yang wish..tima kasey..tima kaseyy..
Aku potong rambut Zufar bukan pasal potong jambul ataupun nak jadik klon mawi tapi pasal orang kata rambut dalam kandungan tak berapa elok, lagipun tengok Zufar panas semacam jer..Harap2 tumbuh semula sebelum Kenduri potong jambul pada bulan 4 (sekali ngan adik sepupu Zufar).
Zufar marah kot. Dia “wee wee” atas kain pelikat aku. hehe.
Feb 06

happened to me today!
(karakter diambil dari “karakter reject” sebuah project)
no wonder nasik goreng banyak lagi bila sampai kat kedai makan…hmmm
esok ari raya cina…Happy chinese new year to Cheah, Ah Kok, Teng, Joey, Ah tan, Bean, Yow Chuan, Jin, Sotong, eric and those i might forgot to mention. Tak lupa jugak kepada Dr Chua Soi Lek..hehe
Sep 16

klik gambar untuk resolusi lebih besar
Err…lama janji ..baru siap..wakaka..
Eh..ada satu lagi..nanti la yerk..
2 entry khat kali ini khusus untuk kanak-kanak riang..
Sep 16

klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o1

klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o2
Indah Siti Insyirah..
Untuk melihat tuan empunya nama…meh masuk..
http://sity29.blogspot.com/
err…
Lamo tak wat khat da…sempena ramadhan ni…
Sep 10
Sebenarnya, aku cam serba salah letak kartun ni. Takut dah dicopyright oleh BERNAMA. Tapi taperlah..belasah jer la..hehe..
Aku hantar 2 kartun, yang sangkut yang tajuk Kibarkan Jalur Gemilang. Sebenarnya ni idea no 2.

klik gambar untuk resolusi lebih besar

klik gambar untuk resolusi lebih besar
Dalam kedua-dua artwork ni aku menggunakan tema angkasawan dalam menggambarkan kegemilangan Malaysia. Bukanlah kerana aku menganggap kerjaya angkasawan sebagai kerjaya paling cool tapi pada aku program angkasa ini menggambarkan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu PELUANG. Peluang adalah sesuatu yang aku rasa hadir bersama kemerdekaan. Peluang yang terbuka dan terpulang kepada kita untuk mencapainya. This is what MERDEKA really means to me. Peluanglah yang membezakan antara kemajuan aku, adik beradik dan juga ibu bapa dan atuk nenek kami.
(CAUTION: Pembebelan yang panjang di bawah)
Sebenarnya ini semua inspirasi cerita-cerita abah aku. Menurut abah, zaman sebelum merdeka dan awal-awal merdeka adalah zaman yang sukar kerana kekurangan peluang. Di zaman British, jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada pegawai-pegawai British. Sedikit peluang pula diberikan kepada pembesar-pembesar dan juga anak-anak Raja. Kita lihat siapa yang jadi pemimpin. Tunku Abdul Rahman, seorang putera Raja. Dato Onn, anak Menteri Besar Johor yang diberi peluang belajar bersama-sama putera-putera Sultan Johor hingga ke England. Bukan aku menafikan kewibawaan mereka. Mereka memang hebat dan cemerlang malah berani. Cuma mereka lebih berpeluang kerana kedudukan mereka.
Peluang perniagaan pula tertutup untuk bangsa melayu kerana Dasar Pecah dan Perintah. British meletakkan bangsa cina duduk di bandar, Melayu di kampung-kampung dan india pula di ladang-ladang. Atas sebab inilah terdapat jurang ekonomi yang ketara. Dasar pecah perintah berlangsung hampir 100 tahun. Kiranya bangsa yang dapat peluang berniaga telah maju 100 tahun ke hadapan sebelum peluang dibahagikan sama rata.
Awal merdeka pula, peluang terbuka luas. Namun, tentulah mereka yang berpendidikan diberikan peluang ini. Bagaimana rakyat biasa yang miskin hendak dapat peluang kalau sebelum ini, belajar pun mereka tak mampu?
Kini, setelah 50 tahun merdeka. Macam-macam peluang muncul dan pelbagai kerjaya muncul. Diri aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bergelar animator kerana masa kecil tak tahu akan muncul peluang ini. Syukur kerana anak-anak kita nanti akan berpeluang bergelar angkasawan sekiranya mereka berusaha. Peluang dah ada, cuma kita perlu berusaha. Jangan asyik salahkan orang atau keadaan dan mahu kaya cepat sahaja. Mintak naik gaji tapi malas tak boleh nak kata lagi. Pilihlah nak jadi perkerja kilang yang berdedikasi atau mat rempit yang merbahayakan diri.
Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan
-ahli fiqir
May 15

Nama Pasangan : Mohd Ali & NurAzmi
Konsep : Bahtera
Khat ini dibuat untuk Kak Da’s parents. Dah lama sebenarnya khat ni, masa aku kat MMU lagi. Tengah godeh-godeh pc, tetiba terjumpa file lama. So..touch up sket, then masukkan kat sini.
Recent Comments